Nur Kasih MU

Perjalanan Seorang Hamba mencari Keridhoan Allah

   
Atjeh Links


  • Aceh-kita
  • Liputan6
  • NAD
  • Perpustakaan NAD


  • Other Links



    ~::Serambi Imdonesia::~

    Detik.Com

    Republika

    Liputan6

    Kompas



    Sinar Imdonesia Baru

    Suara Merdeka

    Waspada

    Berita Sore

    Suara Pembaruan

    Suara Karya



    ~::Media::~

    The Jakarta Post

    KKIRI

    Pesan Singkat
    Name :
    Web URL :
    Message :
    :) :( :D :p :(( :)) :x
    Other things
    ± Mutiara Hikmah ±

    "Bahaya IMAN cinta keduniaan....
    bahaya hati suka perhiasan dunia.
    Apabila IMAN rusak,hati pun hancur.Tidak ada apa lagi yang dapat dibanggakan oleh seseorang dihadapan Allah nanti"

    "Keimanan seorang mukmin adalah kerena agamanya,
    maruahnya adalah terletak pada akalnya dan kedudukannya adalah bergantung kepada akhlaknya"

    "Andai dunia ini masih dianggap berharga,
    bukankah akhirat itu jauh lebih berharga dan mulia?
    Andai jasad ini diciptakan untuk mati,
    maka bukankah mati di jalan Allah itu lebih mulia? "

    Merantaulah
    Sunday, October 22, 2006
    Oleh: Imam Asy-Syafi’i


    Orang pandai dan beradab tak kan diam di kampung halaman

    Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang

    Pergilah 'kan kau dapatkan pengganti dari kerabat dan teman

    Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.

    Aku melihat air yang diam menjadi rusak karena diam tertahan

    Jika mengalir menjadi jernih jika tidak dia 'kan keruh menggenang

    Singa tak kan pernah memangsa jika tak tinggalkan sarang

    Anak panah jika tidak tinggalkan busur tak kan kena sasaran

    Jika saja matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam

    Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang

    Rembulan jika terus-menerus purnama sepanjang zaman

    Orang-orang tak kan menunggu saat munculnya datang

    Biji emas bagai tanah biasa sebelum digali dari tambang

    Setelah diolah dan ditambang manusia ramai memperebutkan

    Kayu gahru tak ubahnya kayu biasa di dalam hutan

    Jika dibawa ke kota berubah mahal jadi incaran hartawan

    posted by Atjeh @ Sunday, October 22, 2006  
    Anugerah Aidilfitri
    Thursday, October 19, 2006
    oleh : Siti Nurhaliza

    Di sana apakah ertinya Syawal
    Tangisan dan rintihan tiada henti
    Alangkah hibanya di Aidilfitri
    Buminya bagai ambal duri

    Di sini hari iniLebaran yang dinanti
    Sanubari bernyanyi suci murni
    Amalan dirahmati Pekerti lahir batin
    Sesuci sebersih lebaran ini
    Bersalam bermaafan
    Keampunan keberkatan
    Berdendang sehalaman
    Bersaudara berpanjangan
    Yang malang jangan lupa
    Kusyukurimu Rabbani
    Anugerah Aidilfitri
    Indahnya hari ini

    Mari puji memuji kepada Tuhan
    Titis kasihnya melimpah seluruh alam
    Mari puji memuji Tuhan yang Esa
    Insafi nikmat diberi di hari raya
    posted by Atjeh @ Thursday, October 19, 2006  
    Cara Menyambut Hari Raya
    Pengertian 'Idul Fitri Kalimah 'Id (Bukan Aid) ialah kalimah bahasa Arab yang bermaksud perayaan atau hari ulang tahun. Fitri pula bermakna berbuka atau makan minum. Maksudnya, pada Hari Raya (tanggal 1 Syawal) umat Islam dikehendaki berbuka dan haram berpuasa.

    Fitri juga bermaksud tabiat semula jadi. Maksudnya orang-orang Islam setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan disertai dengan ibadah-ibadah lainnya seperti solat Tarawih pada malam-malam Ramadan, bertadarus al-Quran, Qiyamullai, Zikrullah dan berdoa, bersedekah dan sebagainya. Amalan-amalan ini telah meleburkan dan membersihkan segala dosa sehingga keadaan diri mereka seolah-olah kembali seperti bayi yang baru dilahirkan.

    Dengan penjelasan tadi maka kita dapat mengambil kesimpulan bahawa 'Idil Fitri adalah hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya menundukkan nafsu amarah sepanjang bulan Ramadan. Apabila muncul anak bukan Syawal, diri mereka telah bersih daripada dosa dan mereka sepatutnya benar-benar menjadi orang yang bertakwa.
    Inilah matlamat ibadah puasa sebagaimana firman Allah S.W.T menerusi ayat 183 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan puasa atas kamu sebagai diwajibkan atas umat-umat terdahulu sebelum kamu dengan puasa itu semoga kamu bertakwa." Pengisian Program 'Idil Fitri 'Idil Fitri hendaklah disambut dengan acara-acara yang dianjurkan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah, iaitu ada tiga perkara seperti berikut:

    1) Membanyakkan Ucapan Takbir Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan sempurnakanlah puasa kamu mengikut bilangan dari dalam bulan Ramadan (29 hari atau30 hari) dan bertakbirlah (membesarkan Allah S.W.T) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, semoga kamu bersyukur." (Surah al-Baqarah: 185) Sabda Rasullullah S.A.W pula yang bermaksud: "Hiasilah Hari Raya kamu dengan takbir dan rahmud."

    2) Pembahagian Takbir * Takbir Mursal Sunnat dilafazkan sama ada oleh orang yang bermukim mahupun musafir, di masjid atau di jalan dengan cara duduk atau berdiri, di pasar-pasar, di rumah-rumah kediaman dan sebagainya. Waktu bermula daripada terbenamnya matahari akhir Ramadan dan berterusan sepanjang malam Hari Raya hingga solat 'Id didirikan pada esok harinya. Demikian juga bagi Takbir 'Id al-Adha (Hari Raya Qurban), sunnat dilafazkan sepanjang malam hingga esok harinya ketika solat 'Id al-Adha didirikan. * Takbir Muqaiyad. Iaitu takbir yang terikat dengan waktu-waktu solat. Jelasnya ia sunnat dilafazkan pada setiap kali selesai sembahyang. Waktunya bermula selepas Subuh hari Arafah (hari ke-9 Zulhijjah) dan berakhir selepas solat 'Asar pada 13 Zulhijjah.

    3) Menunaikan Zakat Fitrah Walaupun dibolehkan pembayarannya sejak awal Ramadan, yang afdal ialah pada pagi Hari Raya selepas solat Subuh sebelum solat 'Id didirikan. Inilah menurut hukum asal yang dilakukan pada zaman hayat Rasullullah S.A.W dan para sahabat serta tabi'in yang lalu.
    Masa Dahulu Zakat Fitrah pada peringkat awal yang lalu dalam bentuk makanan asasi dan terus disampaikan kepada fakir miskin. Jadi, dalam saat-saat mereka hendak menyambut 'Idil Fitri, hari mulia yang penuh dengan barakah, alangkah gembiranya mereka mendapat habuan makanan itu. Ibnu Abbas r.a. berkata yang bermaksud: " Rasulullah S.A.W memfardhukan Zakat Tifrah sebagai membersihkan kecacatan ibadah puasa kerana perbuatan yang sia-sia dan mencarut, disamping itu menjadi habuan untuk orang-orang miskin."

    Pada riwayat yang lain pula, Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat 'Id, maka zakatnya itu diterima, tetapi yang membayarnya selepas solat 'Id, ia menjadi sedekah biasa." (Riwayat Abu Dawud, Ibnu Majjah dan disahkan oleh al-Hakim) Masa Kini Kini di negara kita, Zakat Fitrah diberikan dalam bentuk wang ringgit sebagai ganti beras. Fakir miskin telah menerima habuan sebelum Hari Raya dengan cara diberikan pendahuluan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Oleh itu, elok Zakat Fitrah dibayar lebih awal atau pada malam Hari Raya, untuk mengelakkan kesibukan tugas amil memungutnya. Sempena 'Idul Fitri selain diwajibkan berfitrah, kita umat Islam yang berkemampuan juga disunnatkan memberi sedekah-sedekah yang lain dengan mengutamakan kaum kerabat kita yang susah, kemudian barulah kepada fakir miskin dan anak-anak yatim.

    4) Menghadiri Upacara Solat 'Id Sekelian Muslimin dan Muslimat, tua dan muda, termasuk wanita-wanita yang haid disunnatkan menghadiri upacara perhimpunan tahunan tersebut bagi masyarakat Islam setempat. Kehadiran mereka sebagai menghayati syi'ar keagungan Islam dan perpaduan ummah, disamping itu mereka berpeluang bertakbir (membesarkan Allah S.W.T) beramai-ramai, mendengar khutbah 'Id yang penting, berzikir dan mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam.

    Bagi yang tidak uzur berpeluang mendirikan solat 'Id (Hari Raya). Daripada Ummu 'Atuyah r.a. ujurnya: Kami disuruh membawa gadis-gadis kecil dan wanita yang haid pada Hari Raya ('Idil Fitri dan 'Idil Adha), agar mereka menyaksikan kebajikan dan doa kaum Muslimin tetapi wanita-wanita yang sedang haid itu terpisah dari tempat solat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Perlu diingatkan, bahawa Hari Raya Puasa kita disunnatkan menjamah makanan atau juadah terlebih dahulu, kemudian pergi ketempat solat, tetapi untuk Hari Raya Haji sunat tidak makan terlebih dahulu, sebaliknya kita bersegera keupacara perhimpunan solat.

    Solat 'Idil Adha disegerakan lalu menyembelih binatang qurban, kemudian kita pulang dengan membawa daging qurban, lalu dimasak dan baru makan. Pada pagi-pagi Hari Raya, kita juga disunnatkan mandi dan memakai pakaian yang serba baru atau yang bersih dan indah. Kemudian ketika pergi ke musollah (tempat solat), pergi melalui satu jalan dan pulang melalui jalan yang lain, dengan tujuan dapat bertemu lebih ramai sahabat handai dan saudara sesama Islam. Kita sama-sama mengucapkan Salam 'Idil Fitri sambil berbalas-balas senyuman, sama-sama menyatakan rasa syukur ke Hadrat Ilahi atas petunjuk dan pertolongan-Nya sehingga kita berjaya menundukkan nafsu sepanjang bulan Ramadan. Pada zaman hayat Rasulullah S.A.W dahulu, solat 'Id diadakan di tanah lapang kerana masjid-masjid pada zaman itu kecil-kecil belaka. Kini solat 'Id diadakan di masjid atau di surau. Adalah amat elok jika dapat dibuatkan khemah atau ruang khas di luar masjid atau surau untuk memberi peluang para wanita yang uzur (haid) duduk ditempat itu supaya mereka dapat sama-sama menikmati syi'ar 'Idil Fitri atau 'Idil Adha.

    5) Amalan-amalan Menjelang Hari Raya Puasa Umat-umat Islam digalakkan melakukan I'tikaf beramai-ramai di masjid pada malam-malam sepuluh terakhir pada bulan Ramadan (malam ke-21 hingga malam ke-29 atau ke-30) kerana berharap bertemu malam LAILATUL QADAR atau malam kemuliaan yang mempunyai nilai lebih baik daripada 1000 bulan. Amalan ini dilakukan pada zaman hayat Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat serta abad-abad berikutnya, bahkan hingga kini masih dilakukan begitu bersemarak di sesetengah negara Islam khususnya di Masjidil Haram (Makkah), tetapi malangnya di negara kita kebanyakkan umat Islam menyambut 'Idil Fitri lebih tertumpu dalam bentuk fizikal atau lahiriah, yang mana sesetengahnya tidak sesuai dengan roh pengajaran Islam. Sejak awal Ramadan lagi, mereka lebih tertumpu kepusat membeli-belah, melengkapkan persiapan membeli pakaian, hiasan rumah dan lain-lain lagi.

    Apabila Hari Raya sudah hampir, kebanyakkan suri rumah lebih tertumpu menyediakan kuih-muih yang pelbagai jenis. Setiap individu Muslim dan Muslimah wajib menilai segala aktiviti yang telah berjalan selama ini, yang sesetengahnya telah menjadi 'budaya' termasuk bentuk acara menyambut 'Idil Fitri. Ciri-ciri yang diambil dari budaya luar Islam atau warisan budaya asing, yang tidak sesuai dengan aqidah dan syari'ah Islam hendaklah ditinggalkan. Kita boleh menyediakan makanan, juadah dan kuih-muih untuk Hari Raya tetapi hendaklah dalam bentuk sederhana. Demikian juga dengan perhiasan rumah, pakaian untuk diri dan anak-anak mestilah sesuai dengan ekonomi keluarga. Acara ziarah-menziarahi orang tua, saudara-mara, kaum kerabat, orang-orang yang berjasa kepada kita seperti para guru dan sabahat handai ini sebenarnya tidak terbatas sempena Hari Raya sahaja, tetapi perlu dilakukan pada hari dan bulan lain yang sesuai dari semasa ke semasa, sebagaimana sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud: "Ziarahilah saudara-mara kamu dari masa ke masa kerana ia boleh menambahkan kasih sayang." Lebih-lebih lagi menziarahi ibu bapa kita, hendaklah dilakukan lebih kerap dan janganlah menunggu Hari Raya sahaja. Amalan meminta maaf juga perlulah dilakukan dengan segera apabila kita terasa telah melakukan kesilapan serta kesalahan pada orang lain.
    posted by Atjeh @ Thursday, October 19, 2006  
    'IDUL FITRI DAN KEUTAMAANNYA
    Tuesday, October 17, 2006
    Oleh : Syed Hasan Alatas

    "....dan hendaklah kamu membesarkan nama Allah, karena mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur." (Q.S.al-Baqarah:185)

    Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Lailaha illallahu, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd.

    Maha besar Allah ! Tidak ada tuhan melainkan Allah ! Dan kepada Allah tertuju segala puji dan syukur.

    Gemuruh gema takbir dan tahmid menyambut 'Idul Fitri, satu syawal. Semenjak malamnya hingga paginya,tidak putus-putus kedengaran suara takbir, bersahut-sahutan, dimana-mana tempat didiami oleh ummat Islam. Besar kecil, tua muda dengan penuh perasaan riang gembira, mereka menuju tempt sholat, baik ke masjid atau tanah lapang, bersama-sama ingin menunaikan sholat "Idul Fitri.

    Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar Walillahilhamd.

    'Idul Fitri, merupakan hari bahagia dan syukur bagi ummat Islam.
    Allahu Akbar kalimah takbir untuk mengagungkan Allah s.w.t. Lailaha Illah kalimah tauhid untuk mengesakan Allah s.w.t. Walillahilhamd kalimah Tahmid untuk mensyukuri segala ni'mat, yang telah dianugerahkan Allah s.w.t.

    Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar,Walillahilhamd.

    Allah berfirman yang maksudnya:
    "Sesungguhnya kejadian langit dan bumi, pergantian malam dengan siang serta kapal berlayar di lautan, yang membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia. Demikian pula air hujan yang Allah turunkan dari langit, yang dapat menghidupkan bumi setelah matinya, serta Ia membiakkan padanya berbagai jenis binatang. Demikian pula pada peredaran angin dan awan yang terapung-apung diantara langit dan bumi.Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda bukti kekuasaan Allah bagi kaum yang menggunakan akal fikiran." (Q.s.al-Baqarah:164)
    Tanda-tanda kekuasaan Allah berada dimana-mana baik pada diri manusia sendiri, pada tumbuh-tumbuhan, hewan dan alam raya.

    Perhatikan bagaimana manusia terjadi,dari salah satu benih lelaki yang ratusan juta banyaknya bercantum dengan sel telur wanita, dari masa kemasa peringkat demi peringkat ia berkembang sehingga bentuk sempurna seorang manusia dengan berbagai kelengkapan tubuh, karena keadaan belumlah dapat lagi mulut untuk makan, namun demikian ia tetap hidup dengan memperoleh makanan melalui ibunya yang disalurkan menerusi tali pusatnya,siapakah yang mengaturkan semua ini pernah ayah dan ibu kita mengaturnya ?

    Setelah manusia dilahirkan kedunia ini tubuhnya mengandung sistem tertentu yang mempunyai tugas yang berlainan, yaitu sistem penghazaman, sistem pernapasan, sistem saraf, sistem pengaliran, sistem perkumuhan, sistem pembiakan, dan sebagainya, semuanya itu melaksanakan tugasnya masing-masing, siapakah yang memerintahkan mereka berbuat demikian?

    Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar Walillahilhamd.

    Perhatikan pula berbagai jenis tumbuh-tumbuhan disekeliling kita, berbagai jenis hewan, perhatikan peredaran planet bumi, bulan, perhatikan bintang-bintang yang tak sanggup kita menghitung jumlahnya. Semua ini merupakan sebahagian dari tanda adanya Allah, adanya yang Maha pengatur yaitu Allah s.w.t.

    Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar Walillahilhamd.

    'Idul Fitri juga merupakan hari bahagia,hari bermaaf-maafan sesama Insan yang tidak luput dari salah dan silap yang pernah dilakukan. Pada hari yang mulia ini jangan ragu-ragu untuk mengakui salah silap yang mungkin pernah kita lakukan kepada sesama saudara Islam. Mungkin ada perasaan hasad dengki, khianat, ataupun berbagai kejahatan dan penganiaayaan yang pernah kita lakukan pohonlah kemaafan,Insya-Allah dihari baik dan bulan baik ini mudah orang memaafkannya.

    Kita teringat kembali kepada sabda Nabi s.a.w.yang bermaksud:
    "Maukah kamu aku beri tahu tentang derajat yang lebih utama, dari derajat sholat,puasa dan sedekah !Para sahabat menjawab: Bahkan mau ! Rasulallah bersabda:"Mendamaikan antara dua orang yang berselisih, karena perselisihan antara dua manusia itulah yang membawa kehancuran." (H.R.Abu Daud dan Termizi)

    Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar Walillahilhamd.

    Sungguh banyak keutamaan yang terkandung dalam Idul Fitri, yang merupakan hari kemenangan bagi mereka yang menundukkan hawa nafsu yang biasanya susah dikendalikan,baik nafsu makan, minum, nafsu syahwat,dan berbagai nafsu lainnya. Idul Fitri hari bermaaf-maafan hari mempererat tali silaturrahim sesama keluarga dan masyarakat sekeliling sehingga seolah-olah kita lahir kembali dengan semangat baru,hidup baru sebagai orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.

    Allahu Akbar'Allahu Akbar,Allahu Akbar Walillahilhamd
    posted by Atjeh @ Tuesday, October 17, 2006  
    About Me

    Name: Atjeh
    Home:
    About Me:
    See my complete profile
    Previous Post
    Archives
     Friends Links
    Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2005 Atjeh-Cairo Template by Isnaini Dot Com